Saturday, August 25, 2012
Kuah Kacang
KUAH KACANG
rujukan dari : buku 'Juadah Perayaan' - Norzailina Nordin
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
300 gm kacang tanah
80 ml minyak
2 tsp jintan putih ) disangai & tumbuk
1 tbsp ketumbar )
2 tbsp air asam jawa
600 ml air rebusan daging
2-3 tsp gula merah
Garam secukup rasa
Bahan Pes (dikisar) :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
1 sm kunyit hidup
2-3 tbsp pes cili
Cara membuat :
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak, buangkan kulitnya. Kisar halus separuh kacang tadi, tumbuk kasar bakinya.
2. Panaskan minyak, tumis bahan pes hingga terbit minyak.
3. Masukkan rempah tumbuk, kacau selama 2 minit.
4. Masukkan kacang tanah, air asam jawa, air rebusan daging, gula merah dan garam. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api. Renihkan hingga terbit minyak. Kuah perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment