KEK PISANG

Monday, August 13, 2012

Cookies 2012






BISKUT SARANG SEMUT

sumber dari   :  'Kek dan Biskut -  Hanieliza)
di cuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

250  gm   mentega
100  gm   gula halus
300  gm   tepung gandum   )
  50  gm   tepung kastad    )   di ayak bersama
100  gm   tepung jagung    )
    1  biji   kuning telur
    1  tsp   esen vanilla

Hiasan :   chocolate rice, manik gula warna warni & papercup kecil secukupnya

Cara-cara :

1.   Panaskan ketuhar pada suhu :  170'C selama 10 minit.
2.   Putarkan mentega dan gula hingga kembang.
3.   Masukkan kuning telur dan esen vanilla.  Gaul sebati.
4.   Masukkan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut.
5.   Sejukkan sebentar dalam peti sejuk untuk memudahkan memarut adunan doh nanti.
6.   Parutkan adunan doh ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam papercup kecil.
7.   Taburkan chocolate rice dan manik gula warna-warni.
8.   Bakar selama 15 minit atau hingga masak kekuningan.

(menghasilkan :  109 keping)

No comments:

Post a Comment