KEK PISANG

Tuesday, August 14, 2012

Kuih Sagu






KUIH SAGU/BRONOK

sumber dari   :  Seripayaku
di cuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

1  cawan   sagu biji  (saya guna yang merah)
3  cawan   air
1  cawan   gula kastor
Pewarna merah atau 1/2 tbsp sirap rose
2  helai      daun pandan  -  disimpul

Hiasan :

1/2  biji   kelapa parut putih  )
sedikit garam                       )  digaul rata

Cara-cara :

1.   Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan.
2.   Masakkan gula dan daun pandan dengan air sehingga gula larut dan mendidih.  Buangkan daun pandan.
3.   Masukkan sagu biji serta pewarna dan kacau hingga sagu kembang.
4.   Bila sagu biji telah kembang, angkat dan tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.  Sejukkan.
5.   Bila kuih sagu telah betul-betul sejuk, potongkan dan gaul dengan kelapa yang telah digaulkan dengan sedikit garam.  Hidangkan.

No comments:

Post a Comment