KEK PISANG

Sunday, August 12, 2012

Ramadan 2012 (23)






TALAM JAGUNG

sumber dari  :  buku 'Tempting Kuih' by Pn. Azimah Mansor
di cuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahagian Bawah :

250    gm   tepung beras
60      gm   tepung gandum
1       tbsp  tepung ubi
1150 ml     santan (perahan kedua)
100   gm    gula
1/2    tin     jagung  (bentuk krim)
1       tbsp  perisa jagung (ikut citarasa)
1/2    tsp    garam
Pewarna kuning lemon

Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan melalui proses kisar termasuk jagung.
2.   Kacau atas api hingga naik wap dan tuang dalam loyang (10x10)" yang di alas plastik (16x16)".
3.   Kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Bahagian Atas :

150  gm   tepung gandum
150  gm   gula
700  ml    santan (250 ml santan pekat + 450 ml air)
2      biji   telur
1     tbsp  perisa pandan
Pewarna hijau  (jika perlu)

Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan melalui proses kisar.
2.   Tuang di atas lapisan kuning dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
3.   Lap tutup kukusan setiap 3 minit atau tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitik di atas talam.

3 comments:

  1. adda mmg peminat kuih talam..apa jenis talam pun layan...

    ReplyDelete
  2. thanks adda, cubalah buat talam ni sebab ianya sedap & lembut.

    ReplyDelete
  3. thanks adda, cubalah buat talam ni sebab ianya sedap & lembut.

    ReplyDelete