Sunday, August 5, 2012
Oreo cookies
BISKUT AISKRIM OREO
rujukan : dapurcikwan (tqvm for this recipe)
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
170 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
1/4 tsp baking powder
100 gm mentega
70 gm gula aising
6 keping biskut oreo - dikisar halus dengan krimnya
20 gm lemak sayuran (shortening)
1 tsp esen vanilla
Hiasan : coklat masakan putih (cairkan) & gula manik warna-warni
Cara-cara :
1. Kisarkan halus biskut oreo.
2. Ayakkan kesemua jenis tepung bersama baking powder.
3. Pukul mentega, lemak sayuran, esen vanilla dan gula aising hingga lembut dan gebu.
4. Masukkan kesemua jenis tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan mentega tadi.
5. Adun dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
6. Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
7. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.
8. Setelah biskut sejuk, celup permukaan biskut (bahagian atas) dengan coklat masakan putih yang telah dicairkan secara double boiler. Taburkan dengan gula manik warna-warni.
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment