KEK PISANG

Wednesday, December 12, 2018

APAM PUTRI AYU JAGUNG...








APAM PUTRI AYU JAGUNG
sumber :    www.rasa.my
1/2 adunan :    22 keping



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum *
1  sudu kecil  baking powder *
2  sudu kecil  soda bikarbonate *  ( * disatukan & diayak )
2  biji  telur  (saya guna gred A)
1  cawan  gula halus/gula kastor
1 1/2  sudu kecil  ovalette
2  sudu besar  krimer jagung  (saya guna jenama 'Ayam')
1  sudu besar  perisa jagung
1  cawan  santan pekat
Pewarna kuning secukupnya

1  biji  kelapa parut (putih sahaja),  dikukus dahulu **
1  sudu besar  tepung jagung **
Garam secukup rasa **  ( ** disatukan )


Cara-Cara :

1.  Satukan santan pekat, krimer jagung dan perisa jagung dan diblend/dikisar sehingga isi jagung hancur.

2.  Telur dan gula halus dipukul sebati.

3.  Masukkan ovalette, pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

4.  Perlahankan mixer, masukkan sedikit demi sedikit santan dan tepung gandum berselang-seli.  Ulang sehingga habis.

5.  Titiskan sedikit sahaja pewarna kuning.  Kacau kaup balikkan sehingga adunan sebati.

6.  Isikan kelapa parut di dalam acuan.  Tekankan padat-padat pada acuan.

7.  Tuangkan adunan dan kukus selama 10-15 minit sehingga masak.  Api perlahan.
8.  Keluarkan kuih dari acuan apabila ianya telah sejuk...





No comments:

Post a Comment