Sunday, December 30, 2018
TUMIS TERUNG...
TUMIS TERUNG CILI PADI
IKAN BILIS
sumber : Majalah RASA Disember 2018...
Bahan-Bahan :
4 biji terung panjang ~ buang sedikit kulit, belah & potong
Garam & gula secukup rasa
1/2 sudu makan air asam jawa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis atau udang kering, ikut citarasa
2 biji cili merah
8 biji cili padi
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, goreng terung, kemudian angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
4. Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Setelah cukup rasa masukkan terung goreng tadi dan gaul rata.
6. Tutup api dan terung sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment