KUIH APAM MANJA@
APAM TOKYO
sumber : www.rasa.my
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum * (saya lebihkan jadi 1 1/4 cawan)
1/2 sudu teh baking powder * ( * diayak bersama )
1 biji telur (saya guna gred A)
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin ~ cairkan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning, jika suka
Cara-Cara :
1. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula kastor sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga sebati.
3. Sendukkan atau guna sudu gulai, adunan ke atas kuali tidak lekat, biarkan bahagian atas mengering; tidak perlu diterbalikkan kemudian sudukan inti pilihan secukupnya. (saya guna inti kaya).
4. Lipat apam dan kepitkan bahagian atas tengahnya. Ulang langkah sama sehingga semua adunan habis.
5. Sedia untuk dinikmati.
Bahan Inti Kaya :
60 gm gula pasir
125 ml air panas
1 sudu besar tepung jagung
170 gm gula kastor
300 ml santan
3 biji telur (saya guna gred A)
Daun pandan
Secubit garam
Cara Penyediaan :
1. Masak gula pasir menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
2. Satukan semua bahan-bahan lain dan bancuh sehingga larut.
3. Tuangkan bancuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
4. Jika nak hasilkan kaya yang seperti dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin. (Jangan lupa buang daun pandan)...
No comments:
Post a Comment