PUFF TUNA MAYONES
sumber : majalah rasa.my (Disember 2016)
Bahan-Bahan :
Puff pastry secukupnya (saya guna jenama KAWAN)
Kuning telur secukupnya ~ untuk disapu atas puff
Bahan-Bahan Inti :
150 gm isi tuna dalam tin ~ toskan
2 sudu makan mayones
1 labu bawang besar ~ potong dadu
2 biji cili merah ~ buang biji & cincang/hiris
Daun bawang secukupnya ~ cincang
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Keluarkan puff pastry (segera) dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik. Ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata hingga sebati.
3. Terap puff pastry mengikut citarasa dan isi sesudu inti ke dalamnya. Tutup puff dan rapikan tepinya dengan garfu. Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu sedikit kuning telur ke atas puff. Hias dengan sedikit bijan hitam, jika suka.
4. Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit atau sehingga puff keperang-perangan.
5. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info : Sapuan kuning telur di atas puff membuatkan permukaannya lebih cantik selepas dibakar...
No comments:
Post a Comment