RESIPI KEK PISANG GEBU
sumber : Surianti Ramli
Bahan-Bahan :
225 gm mentega
180 gm gula perang
4 biji telur gred A
100 gm susu segar, suhu ruang
150 gm pisang ranum yang dilecek (atau boleh guna pisang emas)
300 gm tepung gandum *
1/2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonate * ( * disatukan & diayak )
Hiasan tabur di atas kek :
2 biji pisang ~ dihiris bulat nipis
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan susu segar berselang-seli sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
4. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek, gaul sebati dengan spatula.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci yang telah digris dan di alas dengan kertas baking.
6. Ratakan adunan, hendakkan loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara. Susun hirisan pisang di atasnya.
7. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu. Bakar kek pisang sehingga masak pada suhu 160'C selama 50-60 minit bergantung kepada kapasiti oven masing-masing.
8. Sejukkan kek di atas redai...
No comments:
Post a Comment