KEK PISANG

Saturday, December 29, 2018

SAMBAL KERING IKAN SELAR....









SAMBAL KERING IKAN SELAR
sumber :    Majalah RASA Ogos 2018...




Bahan-Bahan :

8-10  ekor  ikan selar  ~  siang & bersihkan  (saya guna 4 ekor ikan sardin saiz besar & dipotong 2)
1  sudu teh  serbuk kunyit
1  sudu makan  air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis


Bahan Kisar Kasar :

1  biji  bawang besar
3  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
3  biji  cili merah
15  biji  cili padi
1  batang  serai


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ikan dengan garam halus dan serbuk kunyit.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing.  Angkat dan ketepikan.
3.  Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4.  Tumiskan bahan kisar hingga garing kemudian masukkan air asam jawa.
5.  Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.  Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
7.  Ikan sedia dihidangkan panas-panas...

No comments:

Post a Comment