KEK PISANG

Sunday, December 30, 2018

AYAM MASAK ASAM TUMIS BEREMPAH...








AYAM MASAK ASAM TUMIS BEREMPAH
sumber :    Majalah RASA Disember 2018




Bahan-Bahan :

1  kg  ayam  ~  dipotong 12-14, cuci & toskan
2  batang  bunga kantan  ~  belah dua atau empat
6  tangkai  daun kesum
1/2  cawan  air asam jawa
6  sudu makan  pes cili kisar
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
5  sudu makan  minyak masak


Bahan Rempah Tumis :

3  cm  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang
5  biji  buah pelaga
1/2  sudu teh  jintan manis
1/2  sudu teh  jintan putih


Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
6  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
2  cm  lengkuas
3  cm  kunyit hidup
2  cm  belacan  (jika suka)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan rempah penumis kemudian masukkan bahan kisar.
2.  Kacau rata hingga wangi, baru dimasukkan pes cili kisar.
3.  Kacau lagi hingga pecah minyak dan sedikit garing.
4.  Masukkan air asam jawa, kacau rata dan masukkan ayam.
5.  Biarkan ayam kecut dan tambah sedikit air dan masukkan bunga kantan serta daun kesum.
6.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.  Biarkan mereneh 2-3 minit lagi, kemudian tutup api.
8.  Asam pedas ayam sedia dihidangkan.




No comments:

Post a Comment