KEK PISANG

Monday, December 3, 2018

CUCUR KENTANG...








CUCUR KENTANG SEDAP
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

250  gm  tepung gandum
3  biji  bawang merah  ~  hiris halus
1  biji  ubi kentang  ~  kupas kulit & potong dadu kecil
1/4  batang  lobak merah  ~  sagat kasar  (saya tambah)
Secekak  daun kucai atau daun bawang  ~  potong pendek
1/2  sudu kecil  garam
Secubit gula
1  biji  telur
200  ml  air  ~  lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung gandum dengan daun kucai, kentang, lobak merah, bawang merah, gula dan garam.

2.  Gaulkan sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan sebiji telur.  Kacau adunan sehingga rata.

3.  Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan.  Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tidak tepu.

4.  Panaskan minyak masak dan pastikan ianya betul-betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing.  Jika mahu ianya cantik, gunakan hujung jari untuk memasukkan adunan ke dalam kuali.  Jika tidak, boleh juga menggunakan sudu.


SAMBAL CUKA :

Bahan-Bahan :

2-3  ulas  bawang putih
2  tangkai  cili merah
1/2  sudu besar  garam
2  sudu besar  cuka masakan
1  sudu besar  gula  ~  boleh ditambah jika suka


Cara-Cara :

1.  Hiris bawang putih dan cili merah sebelum ditumbuk bersama garam sehingga lumat.  Masukkan gula dan cuka masakan.

2.  Tekan-tekankan dengan lesung batu supaya kesemua bahan bergaul sebati.  Perasakan dan bolehlah dihidangkan...



No comments:

Post a Comment