CROISSANT CARAMEL BREAD PUDDING
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
3 batang roti croissant@roti tanduk (beli di Tesco)
1 genggam chocolate chip
2 biji telur gred A ~ dipukul sedikit dengan garfu
200 ml whipping cream 'Dairy'
60 ml susu segar
1/2 sudu besar mentega
45 ml air
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Lenserkan acuan kaca tahan panas berukuran 5" x 7" x 1.5" dengan mentega. (saya guna ramekin). Roti croissant@roti tanduk dipotong-potong, kalau anda nak siat-siat/carik-carik juga boleh. Susun di dalam bekas kaca tadi rata-rata dan ketepikan seketika.
2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk bersama air. Masak dengan api sederhana sehingga gula bertukar perang. Kacau selalu dan pastikan jangan sampai gula jadi terlalu gelap, nanti pahit. Masukkan mentega, kacau rata dan tuangkan susu segar dan whipping cream ke dalamnya, berhati-hati. Kacau sehingga semua sebati dan matikan api.
3. Masukkan sedikit bancuhan karamel (anggaran 1/3 cawan) ke dalam telur dan pukul dengan whisk sehingga sebati kemudian tuangkan baki bancuhan karamel ke dalam telur, kacau dan masukkan esen vanilla. Perlahan-lahan tuangkan ke dalam bekas kaca berisi roti tadi. Biarkan selama 10 minit sehingga roti kembang, tekan-tekan sedikit permukaannya.
4. Taburkan chocolate chip rata-rata dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Sedap dimakan bersama ais krim perisa vanilla.
Nota : Jika permukaan pudding anda cepat perang tetapi masih belum masak, tutup permukaannya dengan aluminium foil dan sambung membakar sehingga pudding masak...
No comments:
Post a Comment