KEK PISANG

Saturday, December 15, 2018

SAMBAL KICAP AYAM...








SAMBAL KICAP AYAM
rujukan :    buku masakan




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  batang  serai  ~  diketuk
5  helai  daun limau purut  ~  dicarik
5  sudu besar  kicap
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam (sekiranya perlu)

Bahan Dikisar :

20  tangkai  cili kering  ~  rendam dalam air panas seketika sehingga lembut
5  ulas  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air

Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.  Gaul rata.
5.  Masak sehingga naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan...




No comments:

Post a Comment