PUDING ROTI PISANG
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
8 keping roti (saya guna Gardenia)
4 biji pisang (saya guna pisang berangan)
3 biji telur (saya guna gred A)
1 cawan susu segar
2 sudu teh esen vanila
4 sudu besar gula
1/2 cawan kismis (saya guna mix fruit)
Cara-Cara :
1. Potong roti menjadi kecil-kecil@carik-carikkan. Ketepikan.
2. Lecekkan pisang di dalam bekas besar.
3. Masukkan telur, susu segar, esen vanilla dan gula ke dalam pisang tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan roti, gaul rata.
5. Masukkan pula kismis dan gaul rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci, yang telah digris, ditabur tepung kemudian dibuang lebihan tepung tadi. (boleh guna ramekin atau aluminium foil seperti gambar di atas).
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak...
NOTA : boleh gantikan kismis dengan chocolate chip atau mixed fruit...
No comments:
Post a Comment