KEK PISANG

Wednesday, December 5, 2018

TEMPE GORENG KICAP...








TEMPE GORENG KICAP
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

1  bungkus  tempe
10  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
5  tangkai  cili padi
2  batang  serai  ~  titik
3  cm  halia
3  cm  lengkuas
1  sudu besar  jus asam jawa
3  sudu besar  kicap manis
5  gm  gula melaka  ~  dihiris
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi.  Ketepikan seketika.

2.  Selepas itu hiris tempe nipis-nipis dan memanjang.

3.  Goreng tempe sehingga garing dan toskan. 

4.  Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi dan serai.  Masukkan juga gula melaka ke dalam tumisan.

5.  Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa.  Perasakan dengan garam dan gula pasir secukup rasa.

6.  Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata.  (Jika suka masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu).  Masak sebentar sehingga kering dan matikan api dapur.  Sedia dihidangkan...




No comments:

Post a Comment