PUDING KARAMEL SANTAN
YANG MUDAH & SEDAP
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
6 sudu besar gula pasir
250 ml susu segar
250 ml santan kelapa M&S
5 sudu besar susu pekat manis
4 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Cairkan gula pasir di dalam periuk sehingga keperangan. Gunakan api yang kecil.
2. Segera masukkan gula karamel ke dalam acuan yang sesuai. Ketepikan.
3. Panaskan susu segar, santan kelapa M&S dan susu pekat manis seketika sehingga naik wap. Sejukkan sedikit.
4. Di dalam mangkuk yang sesuai, pukul telur dan juga esen vanilla sedikit sekadar sebati jer. Jangan sampai kembang.
5. Masukkan adunan santan tadi ke dalam telur. Kacau rata. Tapiskan adunan.
6. Masukkan adunan ke dalam bekas yang berisi karamel tadi.
7. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. (Pastikan air kukusan mendidih dahulu).
NOTA :
1. Boleh terus cairkan gula di dalam loyang yang besar.
2. Jika gunakan loyang besar, lebihkan masa mengukus...
No comments:
Post a Comment