PENGAT KELADI & KELEDEK
Bahan-Bahan :
300 gm keladi *
150 gm keledek merah *
150 gm keledek kuning * ( * kupas kulit, cuci & dipotong dadu )
1/2 cawan sagu biji
5 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah atau gula melaka
2 helai daun pandan ~ cuci & disimpul
Sedikit garam
Cara-Cara :
1. Masukkan santan di dalam periuk sambil kacau di atas api perlahan.
2. Masukkan gula pasir, gula merah, garam, biji sagu, daun pandan, keledek merah dan kuning dan keladi.
3. Kacau hingga mendidih dan keladi dan keledek empuk. Tutup api.
4. Sedia dihidangkan.
Nota : Keladi jangan terlalu lama dimasak sebab keladi cepat empuk...
No comments:
Post a Comment