MINI QUICHE ROTI
sumber : Surianti Ramli
Bahan A :
8 keping roti putih ~ gelekkan dengan rolling pin supaya rata, tekapkan bentuk bulat & ketepikan.
Bahan B : (Inti)
2 batang sosej ~ dipotong kecil atau boleh juga gunakan daging kisar
1/2 labu bawang besar ~ didadu kecil
1 sudu besar mentega
---- Cairkan mentega, masukkan bawang besar dan kacau sehingga berbau harum. Masukkan sosej (atau daging kisar). Kacau anggaran 3 minit, matikan api.
Bahan C : (Sos telur)
2 biji telur ayam
1/3 cawan susu segar
1 sudu besar serbuk lada hitam
Secubit garam
---- Satukan kesemua bahan sos telur, kocok sebati menggunakan garfu.
Bahan D : (taburan)
Sedikit daun sup/daun bawang ~ dihiris halus
Cheese Mozarella ~ parut
Cara-Cara :
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah di gelek tadi. Tekan perlahan-lahan supaya roti memenuhi loyang muffin.
2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Taburkan bahan D. Jika sukakan cheese, boleh letak banyak.
3. Segera masukkan quiche roti ini ke dalam oven untuk mengelakkan telur meresap ke dalam roti.
4. Bakar sehingga masak pada suhu 160'C selama 30 minit (bergantung pada suhu dan masa oven masing-masing)...
No comments:
Post a Comment