KEK GULA HANGUS
sumber : TeratakMutiaraKasih@linapg...
Bahan-Bahan :
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar butter/marjerin
1/4 cawan susu pekat manis
Cara-Cara :
1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga gula mencair dan bertukar menjadi gula hangus atau karamel berwarna keperangan. Kemudian masukkan 1 cawan air panas perlahan-lahan. Kacau sehingga gula cair. Masukkan butter, biarkan butter cair, tutup api. Sejukkan sebentar.
2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder. Ayak dan ketepikan seketika.
3. Pukul telur menggunakan hand whisk (pukul macak buat telur dadar jer).
4. Masukkan susu pekat manis ke dalam telur. Pukul lagi sehingga sebati dan adunan nampak pucat.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian tuangkan air gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 x 7 inci yang dilenser dengan mentega dan taburkan tepung pada seluruh bahagian yang disapu mentega tadi. Ketuk keluar lebihan tepung. (Adunan ni memang cair).
7. Rehatkan adunan selama 20 minit supaya soda bikarbonate bertindak balas. Sementara itu bolehlah dipanaskan oven (ikut suhu oven masing-masing) pada suhu 150'C. Bakar api BAWAH selama 30 minit dan selebihnya API ATAS BAWAH sehingga kek betul-betul masak. (Saya bakar selama 40 minit)...
No comments:
Post a Comment