KEK PISANG

Saturday, August 11, 2018

KUIH GUNTING...


 Selepas diuli menjadi doh yang tidak melekat ditangan...
 Tepung Goreng Ayam Adabi (original)  =  1 kotak@250 gm






RESEPI KUIH GUNTING
sumber :    Teratak Mutiara Kasih@LiNaPg...




Bahan-Bahan :

1  paket  tepung goreng ayam Adabi original  (250 gm)
1  cawan  tepung gandum  (secukupnya)
1  cawan  air
2  sudu besar  marjerin  ~  dicairkan
1/2  kiub  pati ayam  ~  dihancurkan
1  sudu besar  rempah kari Adabi  (Ayam/Ikan)
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung goreng ayam Adabi, tepung gandum, serbuk kari dan kiub pati ayam.  Gaul rata.

2.  Masukkan marjerin cair.  Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.

3.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan (tidak perlu habiskan air).

4.  Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf.  Taburkan sedikit tepung ke atas papan pencanai kemudian canai nipis doh tadi.

5.  Kemudian boleh dipotong atau digunting mengikut kreativiti masing-masing.  (saya gunting jer)

6.  Panaskan minyak masak secukupnya, goreng kerepek/kuih gunting secara berperingkat (goreng sedikit demi sedikit dalam satu-satu masa).  Masukkan beberapa helai daun kari semasa menggoreng.

7.  Goreng sehingga kuning keemasan (menggunakan api sederhana).  Angkat dan toskan.

8.  Pastikan kerepek/kuih gunting benar-benar sejuk dahulu.  Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara...

INFO :   Resepi ni agak sedap menggunakan tepung ini tetapi kuih gunting ini tidak berapa garing dan adunan ini agak masin walaupun tidak menggunakan garam...



No comments:

Post a Comment