KEK PISANG

Saturday, August 25, 2018

NASI LEMAK SAMBAL KERANG & SAMBAL TUMIS SARDIN.!!!






RESEPI SAMBAL TUMIS SARDIN
sumber :    iresepi.com@Che Nom




Bahan-Bahan :

1  tin  ikan sardin
3-4  sudu besar  cili kisar
2  biji  kentang  (tak letak)
3  ulas  bawang putih  ~  hiris nipis
2  biji  bawang merah  ~  hiris nipis
2  hirisan nipis  halia
1/2  mangkuk kecil  air asam jawa
1  biji  bawang besar  ~  hiris nipis
Cili padi secukupnya  ~  jangan potong masukkan sebiji-sebiji
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.  Ketepikan.

2.  Panaskan minyak masak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.

3.  Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang.  (Masukkan kentang yang dipotong ikut suka pada waktu ini supaya kentang mudah empuk).

4.  Masukkan isi ikan dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin hancur.  Kemudian masukkan pula kuah ikan sardin. air asam jawa, cili padi dan bawang besar.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


TIPS :    boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa...








RESEPI SAMBAL TUMIS KERANG
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

1  mangkuk  isi kerang
2  sudu besar  cili kisar
5-6  ulas  bawang merah
3-4  ulas  bawang putih
Garam & gula secukupnya
1/4  keping  asam gelugor/keping
1/2  biji  bawang besar Holland  (optional)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Tumbuk bawang merah dan bawang putih.  Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing.  Tumiskan bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.

2.  Kemudian masukkan cili kisar dan tumiskan cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak.  Setelah cili masak, masukkan gula.  Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.

3.  Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja.  Masukkan sedikit air dan garam.  Kacau sehingga sambal pecah minyak.

4.  Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris.  Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.!!!











RESEPI NASI LEMAK
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

3  cawan  beras  ~  cuci bersih & toskan
1  kotak  santan  (200 ml)
Air secukupnya
Secubit garam
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
2  ulas  bawang merah  ~  dihiris
1  inci  halia  ~  dihiris
Setitis pewarna hijau  (jika suka, saya tambah untuk naikkan seri nasi)


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker, sukat air secukupnya dan masaklah seperti biasa.  Apabila masak, gaul rata sehingga kepala santan bergaul rata.

2.  Bolehlah dihidangkan dengan lauk-pauk yang disukai..!!!




No comments:

Post a Comment