KEK PISANG

Sunday, August 5, 2018

BISKUT COKLAT CIP RANGUP...






BISKUT COKLAT CIP RANGUP @
CRUNCHY CHOCOLATE CHIP COOKIES
sumber :    buatoranglapo & danish.harazz...




Bahan-Bahan :

250  gm  butter  ~  suhu bilik  (untuk lebih sedap guna pure butter)
300  gm  gula perang
380  gm  tepung gandum
2  biji  telur  (saya guna gred A)
1  sudu teh  baking soda
1  sudu teh  baking powder
3  sudu teh  esen vanilla
300  gm  chocolate chips atau cooking chocolate yang dicincang
100  gm  badam cincang  ~  dibakar 
50  gm  kacang pecan  ~  dibakar


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung gandum bersama baking soda dan baking powder, ketepikan.

2.  Pukul butter bersama gula perang hingga rata kemudian masukkan telur diikuti dengan esen vanilla.

3.  Masukkan pula badam cincang dan kacang pecan.  Gaul rata.

4.  Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sebati.

5.  Kemudian masukkan chocolate chip dan gaul rata.  (boleh simpan adunan sekejap di dalam peti sejuk untuk mengelakkan biskut mengembang berlebihan semasa proses membakar).

6.  Sudukan adunan ke atas loyang pembakar yang telah di alas dengan baking paper.

7.  Bakar selama 10-12 minit (bergantung kepada saiz biskut dan juga oven) pada suhu 160'C (panaskan oven dulu).

8.  Biarkan biskut sejuk sebentar sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara...





No comments:

Post a Comment