KEK PISANG

Thursday, August 30, 2018

TART EPAL...







RESIPI TART EPAL
sumber :    FB@Aini Binte Madon & gee-hut.blogspot.com




Bahan Untuk Crust :
sumber :    FB@Aini Binti Madon

250  gm  mentega
120  gm  gula icing
2  biji  telur gred A/B  (saya guna gred A)
480  gm  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega dan gula icing sehingga lembut dan sebati sahaja menggunakan senduk kayu.
2.  Masukkan telur dan pukul lagi sehingga rata.
3.  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
4.  Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
5.  Panaskan oven pada suhu 180'C.  
6.  Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan tart.
7.  Kemaskan, cucuk-cucuk dasar tart dengan garfu.  Buat sampai habis.
8.  Susun dalam loyang dan bakar selama 25 minit sehingga keperangan.  (bergantung pada oven masing)...


Bahan Untuk Inti Epal :
sumber :    gee-hut.blogspot.com

2  biji  epal hijau  ~  dipotong dadu kecil & gaul dengan sedikit garam
1/2  cawan  gula perang
1  sudu besar  mentega
2  sudu besar  kranberi kering  
1/2  sudu kecil  serbuk kayu manis


Cara-Cara :

Masak kesemua bahan inti menggunakan api sederhana sehingga pekat dan epal lembik sedikit.  Tutup api, sejukkan dulu sebelum digunakan.


Cara Menyediakan Tart Epal :

Susunkan kulit tart yang dah sejuk di atas dulang pembakar dan sudukan inti epal secukupnya ke dalam kulit tart tadi.  Bakar di dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit.  Sedia untuk dihidangkan...





No comments:

Post a Comment