Wednesday, August 29, 2018
IKAN MASAK KICAP...
RESIPI IKAN MASAK KICAP
sumber : Majalah SAJI April 2018
Bahan-Bahan :
6 ekor ikan selar ~ siang, cuci bersih & toskan, lumur garam kunyit & goreng (resipi asal guna ikan tongkol)
1 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
1 tangkai cili merah/hijau ~ hiris (tak letak, tiada stok)
1 tangkai daun bawang ~ hiris (saya guna daun sup)
1 batang kulit kayu manis
Bahan Sos :
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit gula
Bahan Kisar :
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
Cara Memasak :
1. Ikan selar yang telah dibersihkan, lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan selar sehingga masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sehingga cili garing.
3. Masukkan kesemua bahan sos dan kacau sebati. Masukkan sedikit air, agar ia sedikit berkuah.
4. Setelah mendidih, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Akhir sekali, masukkan ikan selar yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan taburkan sedikit daun bawang. Sedia dihidangkan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment