KEK PISANG

Friday, August 10, 2018

AYAM SAMBAL DAUN KARI...








RESEPI AYAM SAMBAL DAUN KARI
sumber :    Majalah RASA Ogos 2018
saiz hidangan :    4 orang




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  digaul dengan garam kunyit & digoreng hingga masak
6  sudu makan  cili kisar
1  sudu makan  asam jawa  ~  dicampur dengan 1/2 cawan air
1  biji  bawang besar  ~  dipotong bulat
2  batang  serai  ~  dititik
3  tangkai  daun kari
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan Tumbuk :

1  biji  bawang besar
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
2.  Tumis bahan tumbuk, serai dan daun kari hingga wangi.
3.  Masukkan cili kisar.  Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
4.  Masukkan air asam jawa.  Biarkan mendidih.
5.  Masukkan hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.  Gaul rata.
6.  Masukkan ayam yang sudah digoreng, gaul rata hingga bawang besar layu.
7.  Tutup api dan hidangkan...




No comments:

Post a Comment