RESEPI ROTI JALA BERINTI
KARI KENTANG
sumber : qaseyhoney.com
Bahan Inti Kentang :
4 biji ubi kentang ~ kupas kulit, dipotong dadu & rendam dalam air
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu besar serbuk lada
2 tangkai daun kari
1 keping dada ayam ~ dipotong dadu
Air secukupnya
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
4 biji bawang merah
1/4 cawan ikan bilis
1 sudu besar udang kering
Cara Memasak Inti Kentang :
Kentang dipotong dadu dan direndam dalam air.
Kisar bawang merah, udang kering dan ikan bilis sehingga hancur. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi serta daun kari sehingga naik bau dan garing.
Kemudian masukkan campuran rempah yang telah dijadikan pes. Kacau sebati.
Biarkan sehingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan isi ayam dan kacau-kacau lagi untuk seketika.
Akhir sekali masukkan kentang dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau selalu dan biarkan kentang empuk.
Sesuaikan rasa, masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Bahan Roti Jala :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan KARA atau sebarang jenama
1 1/2 cawan air
1 biji telur (saya guna gred A)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna yang disukai
Cara-Cara :
Satukan tepung gandum bersama santan, air, telur dan garam.
Kacau sehingga rata dengan menggunakan whisk kemudian ditapis.
Masukkan pewarna yang disukai dan kacau sehingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5-10 minit.
Masukkan adunan ke dalam botol muncung 3 atau acuan roti jala.
Panaskan kuali leper tidak melekat (non-stick) dan oles sedikit minyak pada kuali.
Picitkan adunan tadi ke atasnya. Coraknya boleh dibuat mengikut kreativiti sendiri.
Bila roti jala sudah masak dan permukaan atasnya kelihatan kering, terus diangkat. Tidak perlu diterbalikkan.
Letakkan inti kentang di atas roti jala tadi dan lipat atau gulungkan.
Ulang proses tadi sehingga selesai.
Bahan Tambahan :
2 biji telur rebus (dibahagikan kepada 12 potongan)
Cara Membungkus Roti Jala :
Ambil sekeping roti jala, letakkan inti kentang secukupnya serta potongan telur rebus di atasnya.
Gulung roti jala dengan kemas. Ulang sehingga siap...
No comments:
Post a Comment