KEK PISANG

Friday, August 17, 2018

IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG...








IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
PALING SIMPLE MUDAH & CEPAT
sumber :    ninamirza.com




Bahan-Bahan :

5  ekor  ikan kembung sederhana besar
2  biji  bawang besar  ~  dimayang halus
2  ulas  bawang putih  ~  diketuk
1  inci  kunyit hidup  ~  diketuk
2  batang  serai  ~  diketuk & hiris besar-besar
1-2  biji  cili padi  ~  diketuk
1-2  biji  cili merah & cili hijau  ~  hiris serong
1  keping  asam gelugur
2  biji  tomato  ~  belah empat
6  biji  kacang bendi  (saya tambah)
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan lalu ditoskan.  Panaskan/didihkan air di dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, serai dan cili padi.  Rebus sehingga mendidih.

2.  Kemudian masukkan asam gelugur dan kacang bendi, kacau, biarkan mendidih sehingga kacang bendi kelihatan lembut.

3.  Selepas itu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan cili hijau.  Kecilkan api.  Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.

4.  Setelah masak, bolehlah ditutup api dan dihidangkan.  Sedap dimakan bersama nasi panas-panas...




No comments:

Post a Comment