RESIPI AYAM MASAK HALIA
sumber : iResipi.com...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ potong kecil
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 cm halia ~ hiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar ~ hiris nipis membulat
1 biji cili merah ~ hiris nipis (tak letak, tiada stok)
1 tangkai daun bawang ~ hiris panjang 2 cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Minyak masak ~ untuk menggoreng ayam
Sedikit serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
Sedikit garam & serbuk kunyit
Gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumiskan bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan lada putih atau lada hitam. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambahkan sedikit lagi air jika suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar, kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan taburkan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan...
TIPS : Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga dengan ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng...
SUP PETOLA + TELUR
No comments:
Post a Comment