RESIPI NASI SUSU PANDAN
sumber : seleraputeri.blogspot.com
Bahan A :
300 gm jus pandan (blend 4 helai daun pandan + 300 gm air & tapis - saya lebihkan sikit bergantung pada beras anda)
200 gm susu cair
1 sudu kecil susu pekat manis
Bahan B : (Kisar)
5 biji cili padi hijau
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan C :
2 cawan beras basmathi (basuh, rendam selama 20 minit dalam air + 1 sudu besar cuka & toskan)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
4 biji Aprikot kering * (tak letak)
3 sudu besar kismis * ( * dihiris, untuk ditabur setelah nasi hampir kering )
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Campurkan bahan A, kacau sebati dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
3. Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan bahan B sehingga berbau harum. Masukkan garam secukupnya dan masak sehingga pecah minyak. Padamkan api.
4. Masukkan bahan A, beras dan rasakan garamnya. Kacau rata. Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker. Tanak seperti biasa.
5. Bila nasi hampir kering, taburkan aprikot kering dan kismis dan masak lagi sehingga nasi kering.
6. Sajikan bersama lauk kegemaran.!!!!!
STEW AYAM (cari di label 'Ayam')
sumber : Azie Kitchen...
No comments:
Post a Comment