Sunday, August 19, 2018
JUADAH MUDAH JER TAPI MENGENYANGKAN...
RESEPI AYAM MASAK MERAH
SEDAP & MUDAH
sumber : Aziz Kitchen...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong 6
3 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan sos cili atau secukupnya
2 sudu makan sos tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland ~ hiris
Daun sup/daun bawang ~ untuk tabur (tak letak)
Bahan Kisar :
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng sehingga masak. JANGAN terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga masak.
3. Masukkan cili kisar dan tumiskan lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam secukupnya. Kacau rata.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air, kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan juga ayam yang digoreng tadi.
6. Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Jika ada, bolehlah taburkan daun sup/daun bawang...
RESEPI SAWI TUMIS SOS TIRAM
sumber : norazlitaaziz.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 ikat sayur sawi ~ potong & cuci bersih, siang asingkan batang & daun
1 tangkai cili merah ~ hiris
2 sudu makan sos tiram
Bahan Kisar :
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan kisar sehingga berbau harum.
Tambahkan air secukupnya dan sos tiram.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan batang sayur sawi dulu. Biarkan seketika sehingga lembut sedikit.
Kemudian masukkan sayur sawi dan cili merah. Biarkan sekejap.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan...
Labels:
Juadah tengahari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment