RESEPI KEK MARBLE LEMBUT
sumber : Majalah SAJI Februari 2018@Norazila Saim
Bahan-Bahan :
1 cawan mentega (250 gm)
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik (saya guna, 1 sudu teh jer)
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit pewarna biru atau ikut pilihan
Cara-Cara :
1. Pukul mentega, gula dan susu pekat manis selama 10 minit. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan, tambahkan esen vanilla, tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak secara kaupbalik sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, adunan pertama warna biru, adunan kedua tambahkan serbuk koko dan adunan ketiga biarkan warna asal. Ketepikan.
3. Selepas itu, loyang disapu marjerin dan lapikkan kertas minyak (saya guna loyang saiz 8 inci persegi). Ambil satu senduk/sudu besar warna asal letak di tengah-tengah loyang.
4. Kemudian ambil satu senduk adunan koko dan tindih di tengah adunan pertama. Ulang sehingga habis mengikut kreativiti anda.
5. Panaskan oven pada suhu 170'C, bakar selama 40 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing)..!!!!
No comments:
Post a Comment