Friday, August 3, 2018
KURMA TELUR & SIEW PAK CHOY SOS TIRAM...
RESEPI KURMA TELUR
sumber : MaDiHa & Citarasawan...
Bahan-Bahan :
5 biji telur rebus ~ kupas kulit & goreng sehingga berkulit
2 biji ubi kentang ~ kupas kulit, potong & goreng sebentar
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia * ( * ditumbuk atau dimayang halus )
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sedikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau dibelah dua atau 6 biji cili padi
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Rempah Tumisan :
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biarkan sehingga wangi. Masukkan pes kurma dan kacau rata sehingga naik minyak. Masukkan santan, kentang, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tidak membuak. Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili.
Masak sekejap. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap, bolehlah matikan api.
Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar/daun sup...
RESEPI SIEW PAK CHOY
DALAM SOS TIRAM
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
Seikat sayur siew pak choy
4-5 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih ~ cincang
Seinci halia ~ cincang
Sedikit air
Serbuk perisa@gula ~ jika suka
Tepung jagung + sedikit air untuk pekatkan kuah
Bawang putih goreng/bawang goreng ~ untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Sayur jangan dipotong dulu. Panaskan air, celur dengan batang-batang sekali.
2. Angkat dan toskan. Potong bahagian yang hujung, susun dalam pinggan dan ketepikan.
3. Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bahan cincang sehingga naik bau@kekuningan.
4. Masukkan sos tiram dan juga sedikit air, kacau. Masukkan perisa jika suka.
5. Tidak perlu letak garam sebab sos tiram sudah masin.
6. Kalau nak pekat, bubuh tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
7. Hiaskan dengan bawang putih goreng/bawang goreng.
8. Hidangkan...
Labels:
Juadah tengahari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment