KEK PISANG

Friday, August 10, 2018

LEMAK PUTIH LABU BAYAM...








LEMAK PUTIH LABU BAYAM
sumber :    Majalah RASA Ogos 2018
saiz hidangan :   4 orang




Bahan-Bahan :

1/4  biji  labu  ~  dipotong 4 segi kecil
1/2  ikat  bayam  ~  disiang & cuci bersih
1  biji  bawang besar  ~  dihiris
1  biji  cili merah  ~  dihiris
Segenggam ikan bilis
1  mangkuk  santan  ~  ambil sekali santan perahan kedua
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam kasar  (optional)


Cara Memasak :

1.  Masukkan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam.
2.  Masak sehingga labu empuk.  Kacau selalu supaya tak pecah santan.
3.  Kemudian masukkan sayur bayam.  Masak sehingga sayur layu sedikit.
4.  Selepas itu masukkan cili hiris dan lada hitam kasar (jika guna).  Kacau dan rasa garamnya.
5.  Setelah semuanya secukup rasa, tutup api dan siap untuk dihidangkan...

INFO :   Lada hitam dimasukkan ke dalam masakan untuk membuang angin ketika menikmatinya, petua dari orang-orang tua...



No comments:

Post a Comment