KEK PISANG

Tuesday, August 14, 2018

KARI AYAM SEDAP...



 Langkah 1
 Langkah 2
 Langkah 3
 Langkah 4

Siap !!!




RESEPI KARI AYAM SEDAP
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

12  ketul  ayam  ~  cuci bersih & toskan
2  biji  kentang  ~  potong empat
1 1/2  labu  bawang besar saiz besar  ~  hiris
6  ulas  bawang putih  ~  hiris
3  inci  halia  ~  hiris
1  asam keping
1  kotak  santan kotak
Air secukupnya
10  sudu makan  rempah kari Babas  ~  extra chillis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1  pelepah  daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

2.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan sedikit air supaya rempah cair.  Teruskan masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.  Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

3.  Selepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

4.  Masukkan pula santan.  Teruskan masak dengan api perlahan.  Setelah kentang empuk/lembut, masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.  Renihkan sehingga pecah minyak.  Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai.  Jika terlebih pekat, tambah air panas secukupnya dan masak lagi untuk seketika.

NOTA :    Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala atau lempeng...





No comments:

Post a Comment