RESEPI CHOCOLATE BUBBLE RICE
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
250 gm bubble rice
100 gm badam keping
350 gm coklat masakan
70 gm mentega
Cara-Cara :
1. Bakar bubble rice dan badam keping selama 20 minit pada suhu 150'C atau sehingga rangup.
2. Cairkan coklat masakan dan mentega dengan menggunakan kaedah double boiler.
3. Tuangkan coklat tadi ke atas bubble rice dan badam di dalam mangkuk adunan. Kemudian gaul sebati.
4. Sudukan bubble rice yang bersalut coklat ke dalam paper cup. Pastikan coklat telah mengeras kemudian bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara...
NOTA :
i) boleh tambah 1-2 sudu besar minyak jagung/minyak masak ke dalam coklat untuk kelihatan lebih licin.
ii) bubble rice dan badam keping boleh juga disangai dalam kuali di atas dapur menggunakan api kecil.
iii) boleh letakkan bubble rice di dalam bekas plastik kecil yang bertutup untuk lebih mudah disimpan dan dimakan...
No comments:
Post a Comment