KEK PISANG

Sunday, April 10, 2016

BIHUN GORENG








BIHUN GORENG
oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

 1/2  bungkus  bihun  -  rendam biar lembut & toskan
    4  ulas  bawang merah  -  tumbuk
    2  ulas  bawang putih  -  tumbuk
    2  tangkai  cili merah  -  tumbuk
    1  sudu makan  sos tiram
    6  ekor  udang  -  kupas kulit & biarkan ekornya
200  gm  isi ayam  -  dihiris nipis
    2  biji  telur
    2  keping  tauhu  -  digoreng & dihiris
 1/2  batang  lobak merah  -  dihiris memanjang
100  gm  taugeh
    2  biji  tomato  -  dibelah 6 setiap satu
 1/2  cawan  air
Serbuk lada hitam  secukupnya
Bawang goreng, hirisan cili merah & daun sup
secukupnya
Gula & garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-Cara :


1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi. 
2.  Masukkan isi ayam dan udang.  Masukkan sos tiram.  Kemudian kacau rata.
3.  Apabila sudah masak, masukkan garam dan air.  Biarkan mendidih.
4.  Masukkan lobak merah dan bihun.  Kacau rata hingga sebati.
5.  Apabila bihun sudah lembut, masukkan taugeh dan tomato.
6.  Masukkan sedikit serbuk lada hitam.  Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
7.  Semasa menghidang, taburkan telur goreng hancur, tauhu goreng, bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun sup.
8.  Hidangkan!!!

No comments:

Post a Comment