Thursday, April 14, 2016
BUNCIS GORENG KICAP
BUNCIS GORENG KICAP
sumber : Majalah RASA June 2014...
Bahan-Bahan :
500 gm kacang buncis - dipotong serong
100 gm kubis ungu - dihiris (saya tambah)
Sos tiram secukup rasa
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
100 gm udang kering, ikan bilis, hati atau pedal ayam (ikut pilihan)
2 tangkai cili merah
2 labu bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan kacang buncis, kubis ungu dan kacau rata.
3. Akhir sekali, perasakan dengan sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa. Kaupbalikkan dan biarkan sayur-sayuran masak sempurna.
4. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment