Tuesday, April 19, 2016
TOFU LEMBUT MASAK SOS TIRAM
TOFU LEMBUT MASAK SOS TIRAM
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
2 tiub tofu Jepun
3 ulas bawang putih - titik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/4 kiub pati ayam (optional)
Sedikit brokoli (saya guna kacang sepat)
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 tangkai lada merah - dihiris
Sedikit daun bawang & daun sup - dihiris
Sedikit bawang goreng
Cara Memasak :
1. Potong-potong tofu dan goreng sehingga sedikit perang. (Sayur-sayur pilihan seperti brokoli, kubis bunga, lobak merah, kacang sepat di celur sekejap).
2. Tumis bawang putih dan masukkan sos tiram, tambahkan air secukupnya, masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam (jika perlu).
3. Masukkan minyak bijan dan putih telur. Masukkan juga bancuhan tepung jagung, biarkan mendidih seketika.
4. Akhir sekali masukkan sayur-sayur pilihan yang telah di celur tadi dan juga tofu. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
5. Hidangkan. Hiaskan dengan cili merah, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment