Tuesday, April 26, 2016
APAM NASI WARNA WARNI...
APAM NASI WARNA WARNI KAK NOOR
sumber : bicara kak noor...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir atau secukupnya
1 paket yis Mauripan
2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi dan air, gaul dan ketepikan seketika. Sementara itu, kisar nasi bersama air sehingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi dan biarkan sebati.
2. Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan berawan.
3. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan dan gaul sebati setiap satu bahagian sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil-kecil dan kukus selama 10-15 minit. Setelah masak keluarkan dari acuan, gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment