KEK PISANG

Wednesday, April 13, 2016

LASAGNA SEDAP!!!







 Caesar Salad siap dengan sosnya dibeli di Tesco...





LASAGNA SEDAP
sumber   :   FB :  (iresipi.com@Che'Nom); (sangat sedap)...




Bahan-Bahan :   (8"x 8" square)

Kepingan lasagna segera, tak perlu rebus (tapi saya rendam dalam air panas anggaran 10 minit untuk lembutkan sikit)
Parutan keju Mozzarella secukupnya
Serbuk keju Parmesan secukupnya


Bahan Untuk Sos Bolognaise :

300  gm  daging atau ayam kisar
379  gm  @  1 jar kecil sos Prego Traditional
    3  sudu besar  minyak zaitun extra virgin
    1  biji  bawang besar kuning  -  dipotong dadu kecil
    4  ulas  bawang putih  -  dihiris nipis
    1  biji  capsicum hijau  -  dipotong dadu
    6  biji  cendawan butang  -  dihiris nipis
    1  cawan  carrot yang dipotong dadu kecil
 1/2  sudu besar  serbuk lada hitam
Garam & gula secukup rasa


Bahan Untuk Sos Putih :

      2  sudu besar  mentega
      2  sudu besar  tepung gandum
      2  keping  keju cheddar cheesedale
      1  sudu besar  serbuk parmesan cheese
1 1/2  cawan  fresh milk atau susu full cream
Serbuk lada putih & garam secukup rasa

Nota :  gunakan 3 keping cheddar cheese jika tidak masuk keju parmesan..


Cara Masak Sos Bolognaise :

1.  Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar sehingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti dengan daging kisar.  Kacau sehingga daging kering airnya.

2.  Masukkan serbuk lada hitam, cendawan dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, carrot dan sos prego.  Masak sehingga carrot lembut.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Tambahkan sedikit air jika kuah kering.  Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang digunakan adalah yang segera atau kering.


Cara Untuk Memasak Sos Putih :

1.  Panaskan 2 sudu besar mentega di dalam periuk kecil.  Apabila mentega cair, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

2.  Tuangkan susu segar dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese.  Kacau seketika sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan serbuk lada putih serta sedikit garam.  Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.

3.  Tutup api, angkat dan sejukkan.


Cara Untuk Membuat Lasagna :

1.  Panaskan oven kepada suhu 180'C.

2.  Sapu bekas casserole atau aluminium foil dengan mentega supaya tidak melekat.  Tuangkan sedikit sos bolognese, ratakan dan susun kepingan lasagna rapat-rapat.

3.  Kemudian tuangkan sos bolognese, ratakan.  Sendukkan pula sos putih diikuti taburan Mozzarella dan Parmesan cheese.

4.  Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, taburan Mozzarella dan Parmesan cheese.  Tutup bahagian atas dengan aluminium foil yang telah disapu dengan sedikit mentega (agar tidak melekat).

5.  Bakar di dalam oven selama 25 minit.  Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan...

1 comment: