KEK PISANG

Wednesday, April 6, 2016

TROPICAL MIXED FRUIT SALAD











TROPICAL MIXED FRUIT SALAD
oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1  paket  buah blueberi  -  cuci bersih & lap kering
2  biji  mangga  -  potong kiub
1  biji  papaya@betik saiz sederhana  -  potong kiub
4  biji  pisang emas  -  hiris bulat
Plain yogurt secukupnya
Sirap Maple secukupnya
Cornflakes madu secukupnya untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Sudukan sedikit yogurt, susunkan potongan pisang, papaya, mangga, blueberi  di dalam gelas.  Kemudian sudukan sedikit lagi yogurt diikuti dengan buah-buahan dan diakhiri dengan yogurt.  Tabur dengan cornflakes madu yang diramas sedikit di atasnya.  Titiskan@drizzle dengan sirap Maple secukupnya.
2.  Hidangkan sejuk..

Nota :  boleh guna pelbagai buah-buahan yang lain.  Yogurt juga boleh diganti dengan UHT whipping cream jika suka..(whipping cream+gula kastor secukupnya+secubit garam = putar hingga kental kemudian diselang-seli dengan buah-buahan pilihan, hidangkan sejuk)...

No comments:

Post a Comment