Saturday, April 9, 2016
KUIH LOMPANG GULA MELAKA
KUIH LOMPANG GULA MELAKA
sumber : DapurTanpaSempadan...
1/2 cawan gula Melaka - dipotong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
3/4 sudu teh air kapur makan
2 cawan air
Beberapa titik pewarna coklat
1 helai daun pandan - disimpul
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus
Cara-Cara :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, daun pandan dengan 1 cawan air sehingga gula larut kemudian masukkan baki 1 cawan air. Tapis dan sejukkan. Sementara itu panaskan kukusan, balut kukusan dengan tuala dapur bersih. Sediakan acuan lompang, lenser dengan sedikit minyak. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras dan tepung ubi, gaul rata dengan whisk. Tuangkan air gula merah tadi, kacau rata. Masukkan air kapur makan dan pewarna makanan coklat. Kacau rata dan tapis. Kemudian tuangkan bancuhan ke dalam bekas bermuncung.
3. Susunkan acuan lompang ke dalam kukusan. Kacau dulu bancuhan dan tuangkan ke dalam setiap acuan sehingga hampir penuh. Buat sehingga siap. Kukus selama 25 minit dengan api sederhana. Sejukkan kuih sebelum dikeluarkan dari acuan.
4. Hidangkan kuih lompang bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit. (Sebaiknya kelapa parut elok dikukus sebentar, anggaran 5 minit bagi mengelakkan kelapa parut cepat basi)..
(Saiz hidangan : 25 biji acuan lompang kecil)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment