terlebih letak pewarna hijau plak..hihihi
Hidangan Nasi Minyak Pandan bersama Acar Timun & Kari Ayam...
NASI MINYAK PANDAN
sumber : Potret Kasih...
Bahan-Bahan :
3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan minyak sapi
1/2 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
3-4 biji bawang merah - dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 kiub pati ayam
1 sudu makan garam
Bawang goreng secukupnya
Daun ketumbar secukupnya
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
Cara Memasak :
1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan 1 cawan air ke dalam beras tadi biar terendam seketika (anggaran 30 minit).
2. Daun pandan dikisar bersama 1 cawan air, tapiskan dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi di dalam kuali kemudian tumiskan bahan hiris, kiub pati ayam, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan baki 2 cawan air tadi ke dalam tumisan. Biarkan mendidih seketika.
5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi. Kacau sebati.
6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi, kacau sebati.
7. Tekankan suis 'ON' pada rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
8. Bila nasi kering, titiskan sedikit pewarna hijau ke atas nasi (jika guna). Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak.
9. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan chopstick/garfu dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan kismis jika suka. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment