SERIMUKA GULA MERAH/MELAKA
sumber : Kak Nadz@Cute Oven Small Kitchen; (sedap & lembut)...
Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan beras pulut susu (rendam seketika anggaran 20 minit)
1 1/4 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Basuh beras pulut dan toskan.
2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama santan cair dan juga garam.
3. Kukus sehingga masak (anggaran 20 minit).
4. Setelah masak sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7"x7" atau bulat dan lapik dengan sehelai plastik.
5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekankan biar padat dan rata.
Bahan Lapisan Atas :
200 gm gula Melaka - potong kecil-kecil
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur gred B
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum (tambahkan 1 sudu besar lagi)
1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut. Tapiskan.
2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan kesemua bahan-bahan lain dan kemudian tapiskan dan masukkan larutan air gula Melaka tadi. Kacau sebati sehingga tiada ketulan. (Tapis jika ada ketulan).
3. Masakkan adunan di atas api sederhana sehingga naik wap (dalam 2-3 minit saja).
4. Tuangkan adunan ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 10-15 minit sehingga masak.
5. Sejukkan kuih terlebih dulu dan potong untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment