Friday, April 15, 2016
SIEW PAK CHOY SOS TIRAM
SIEW PAK CHOY SOS TIRAM
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
1 ikat siew pak choy (guna 4 pokok)
5 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
Sedikit air
Serbuk perisa secukup rasa secukupnya
Sedikit tepung jagung, anggaran 1/2 sudu makan + sedikit air untuk memekatkan kuah
Bawang goreng secukupnya untuk hiasan
Cara Penyediaan :
1. Sayur jangan dipotong dulu, panaskan air hingga mendidih, celur dengan batangnya sekali atau boleh dipotong dulu baru dicelur (sekejap saja).
2. Angkat dan toskan, kemudian potong bahagian hujung dan susunkan di dalam pinggan dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan cincang sehingga naik bau@ kekuningan.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kacau dan masukkan perisa secukupnya jika suka. Tidak perlu letak garam sebab sos tiram sudah masin. Kalau nak pekat kuahnya, masukkan bancuhan air + tepung jadung tadi.
5. Didihkan seketika, tutup api dan tuangkan di atas sayur tadi.
6. Hiaskan dengan taburan bawang goreng di atasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment