KEK PISANG

Saturday, July 2, 2016

MEE GORENG









MEE GORENG MUDAH




Bahan-Bahan :

1  paket  mee kuning  -  dicelur seketika & ditoskan
8  ekor  udang  -  dikupas & tinggalkan bahagian ekornya
4  ekor  sotong  -  dipotong-potong ikut suka
3  biji  bawang merah  -  dikisar
1  ulas  bawang putih  -  dikisar
1  sudu makan  cili kisar
4  sudu makan  kicap pekat
1  sudu makan  sos tiram
1  sudu teh  tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1  pokok  sayur sawi
2  keping  tauhu  -  dipotong kiub & digoreng
1  biji  cili merah  -  hiris
3  biji  telur  -  dipukul ringan
Sedikit tauge
Sedikit air jika perlu
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasaknya :

1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga wangi.  Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau dengan api yang sederhana sehingga garing.

2.  Masukkan sotong dan udang.  Kacau sehingga rata.  Masukkan sedikit air dan air tepung jagung.

3.  Selepas itu masukkan kicap pekat dan sos tiram, kacau rata.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.

4.  Masukkan mee kuning, tauge, sayur sawi dan masak selama seminit atau sehingga sayur sawi layu.

5.  Kemudian tolakkan mee ke tepi dan curahkan telur.  Biarkan telur sedikit keras barulah digaul sebati.  Akhir sekali masukkan hirisan cili merah (jika suka) dan tauhu goreng, gaul sebati. 

6.  Hidangkan...

No comments:

Post a Comment