SAMBAL TELUR MUDAH
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
6 biji telur
1 biji lada benggala merah - dipotong kiub
1 biji bawang besar - dihiris bulat & leraikan
2 ulas bawang putih - dititik
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
2 helai daun limau purut - dicarik/dihiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Sedikit air jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Goreng telur sehingga masak (goreng mata kerbau). Ketepikan.
2. Gunakan minyak lebihan tadi dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, daun limau purut dan tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan lada benggala merah dan biarkan seketika. Kemudian tuangkan sos sambal di atas telur yang digoreng tadi. Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang jika suka.
6. Sedia untuk dihidangkan...
SMOOTHIE PAPAYA
No comments:
Post a Comment