KEK PISANG

Wednesday, July 13, 2016

CHEESE MUFFIN@MUFFIN KEJU










CHEESE MUFFIN@MUFFIN KEJU
sumber   :    buku resipi 'Dari Dapur CT Delima'...




Bahan Kering :  (11 pcs)

2  cawan  tepung gandum
2  sudu teh  baking powder
4  sudu besar  gula kastor
1  sudu teh  garam


Bahan Basah :

   1  biji  telur gred A
   1  cawan  susu segar/susu cair/buttermilk  (saya guna buttermilk, muffin lagi lembap@lembut)
1/2  cawan  minyak jagung/minyak masak


1/2  cawan  cheddar cheese  -  diparut


Cara-Cara :

1.  Ayak bahan kering :  tepung gandum, baking powder, gula kastor dan garam.  Ketepikan.

2.  Dalam mangkuk lain, campurkan bahan basah :  telur, susu dan minyak.  Pukul dengan hand whisk sekejap sahaja sekadar bercampur.  Tidak perlu sehingga kembang.

3.  Tuangkan campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata.  Tidak perlu gaul lama sangat sekadar bercampur saja.

4.  Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi sehingga tercampur rata.

5.  Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung.  (Boleh juga kalau nak letakkan di dalam papercup isi 3/4 penuh.  Taburkan sedikit parutan cheddar cheese di atasnya jika suka).

6.  Panaskan oven 180'C - 200'C.  Bakar selama 20-25 minit atau sehingga muffin masak.

No comments:

Post a Comment